Monday, August 15, 2011

Aura Positif





Hi.. hari nie just nak tulis mengenai sikap positif.. Kita hanya manusia yang kadang kala di landa perasaan suka duka yang sememangnya lumrah kehidupan. Bila kita suka.. apa yang kita buat semua menjadi tetapi kalau dalam berduka.. perkara yang memang kita pakar pun selalunya tidak menjadi..

Sikap positif adalah salah satu daripada kekayaan hidup. Lihat saja orang yang berjaya.. kebanyakan mereka pernah mengalami derita sebelum mengecap nikmat pada masa ini.. Kalau kita bersikap positif.. perkara negatif akan menjadi positif kerana kita berusaha untuk mengatasi isu yang sedang di alami.

Betul kata CDM Ana, "bersikap positif akan menyerap aura-aura positif kepada tubuh kita, akan memberi kesihatan yang baik , menyerlahkan awet muda pada wajah dan sedap mata memandang"...
Sikap positif akan mendatangkan aura positif dan kita akan sentiasa bersedia, akan kita akan sentiasa dalam keadaan ceria dan kita akan selalu berterima kasih terutamanya pada Allah yang sentiasa dekat dengan kita.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...